Gabungan Rakyat Sabah ݢابوڠن رعيت سابه | |
---|---|
Nama Bahasa Inggeris | Sabah People's Coalition |
Singkatan | GRS |
Presiden | Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor[1] (2021-2022) Majlis Presiden GRS (MPGRS)[2] (Secara rasmi pada 2022) |
Pengerusi | Datuk Seri panglima Haji Hajiji Noor[3] |
Setiausaha agung | Datuk Seri Panglima Masidi Manjun |
Timbalan Pengerusi | Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia, Datuk Seri Anifah Aman, Brig. Jen (B) Tan Sri Datuk Liew Yun Fah, Datuk Chin Su Phin, |
Pengasas | Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor (2020 - 2021) (sebagai pakatan pilihan raya)[4] Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor (2022) (sebagai gabungan politik yang berdaftar dengan JPPM)[5] |
Ditubuhkan | 12 September 2020[6] |
Didaftarkan | 26 Februari 2022[7] |
Disahkan | 11 Mac 2022[8][9] |
Gabungan | GBS + UBA + IND |
Pecahan | Barisan Nasional (BN)[10] Perikatan Nasional (PN) Bersatu Cawangan Semenanjung Malaysia (Pusat) (BERSATU) Parti tempatan bersekutu (Sabah) |
Didahului oleh | Gabungan Bersatu Sabah (GBS)[11] Barisan Nasional (BN)[12] |
Ibu pejabat | Lot 57 G7 Lorong Plaza Permai 2 Alamesra 88400 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia |
Akhbar | Media Rakyat Kiulu[13] USNO Online[14] |
Ideologi | Regionalisme Sabah Perjanjian 20 Perkara Sabah Menjaga hak bumiputera tempatan di Sabah |
Penggabungan kebangsaan | Parti komponen:
Rakan gabungan:
|
Warna | Biru |
Slogan | "Sayangi Sabah" (PRN 2020) "Sabah Maju Jaya" (sejak 2020) "Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper, Sabah Unity" (selepas didaftarkan)[16] |
Dewan Negara | 2 / 70
|
Dewan Rakyat (Kerusi Sabah dan Labuan) | 6 / 26
|
Dewan Undangan Negeri Sabah | 42 / 79
|
Ketua Menteri Sabah | 1 / 1
|
Simbol pilihan raya | |
Bendera parti | |
Laman sesawang | |
GRS Official Facebook group |
Gabungan Rakyat Sabah (Jawi: ݢابوڠن رعيت سابه , disingkatkan kepada GRS), atau secara rasmi dikenali sebagai Parti Gabungan Rakyat Sabah atau Parti GRS[17], ialah sebuah entiti parti politik tempatan Sabah dan sekaligus sebuah gabungan parti politik berdaftar rasmi di Sabah, Malaysia. Gabungan ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 dengan perlembagaan yang membenarkan keangotaan terus terhadap ahli politik tanpa menyertai parti komponen di dalam gabungan tersebut.[18][19] Di peringkat negeri, Gabungan Rakyat Sabah merupakan gabungan parti yang mempunyai formula sama seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempromosikan kesatuan diantara presiden parti tempatan dan rakyat tempatan.[20][21] Kubu-kubu kuat parti GRS dari segi sokongan rakyat ialah kawasan pedalaman Sabah, kawasan pantai timur Sabah dan separuh kawasan pantai barat Sabah.